Wednesday, 26 December 2012

jihad




sesungguhnya jihad fisabilillah

adalah suatu kisah kasih

suatu bahasa cinta

suatu lakaran kata

yang menusuk kedalam jiwa


si mujahid gugup seketika

terpegun dek keindahan citra

yang membariskannya

bersam mereka yang menikmati halawatul iman

kemanisan yang dikecapi si mukmin

bersama saf syuhada dan mujahadah

yang hidup dan mati


sesungguhnya jihad fisabilillah

mengangkat martabat peribadi

yang tidak jemu dengan kesungguhan

demi kecemerlangan diri dari tamadun insane

dengan meneladani

sunnah Rasul Rabbil Alamin


>PROF HATTA SHAHAROM<








Monday, 24 December 2012

berbicaralah wahai hati!!!


Perjalanan terindah hari ini,
Hanya boleh bermula apabila
Kita belaar untuk melepaskan
Hari semalam

***

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak,
Bukan cinta namanya jika perasaan tidah pernah terluka,
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu,

***

Bak kata pepatah
“kesungguhan,kegigihan,keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar cinta sejati”

***

Cinta itu seperti seekor kupu-kupu
Yang indah dan tak mungkin disentuh
Tapi keindahannya dapat menjadikan
Sebuah taman yang menenangkan

***

Apabila bercinta
Dalam kamus ada kata
Dalam kata ada makna
Dalam makna ada cinta
Dalam cinta ada hati
Dan
Dalam hati ada yang tercinta



Saturday, 15 December 2012

Buat temanku


HATI YANG TERCARIK


Teman,
Bibik perkenalan kita sangat indah,
Dari zaman kanak-kanak kita berjumpa,
Jujur aku kata,
Aku punya teman yang comel,kaya,baik,cantik,
Pendek kata sempurna sungguh sifatmu,

Teman,
Maaf aku tak sempurna di depan matamu,
Aku tiada populariti,harta, mahupun rupa,
Namun ada secebis hati yang punya perasaan yang tulus,

Teman,
Dulunya aku runsing memikirkan,
Adakah kita hidup sebagai kawan atau sahabat,
Aku sering berfikir,
Apakah kita adalah kawan sejati,
Akhirnya terjawab semua kerungsianku,
Tatkala kesedihanku ditemani hilai tawamu,

Teman,
Selama beberapa tahun kita saling mengenali,
Maaf aku pinta,
Kerana aku sedar kadangkala kata-kataku,
Bak sembilu menghiris –hiris hatimu,
Begitu kasar setiap tingkahlakuku,
Setiap baris bait-bait ayat yang aku lontarkan,
Melukakan hati kecilmu,

Teman,
Mungkin disebabkan sikapku,
Kamu mula menjauhkan diri,
Keserangsian yang kita bina semakin pudar,
Dek persekitaran yang mempengaruhi pemikiran kita,
Lalu,
Aku dengan caraku,
Kamu dengan caramu,

Teman,
Maaf untuk sekelian kali,
Aku mula merasakan perubahan sikapmu,
Tatkala suasana dingin menyerbu ruang antara kamu&aku,
Sudah hilang makna mesra antara kita,

Teman,
Akhir sekali,
Melalui alam maya ini,
Hati yang tercarik,
Menyatakan perasaan yang dah lama terpendam,
Maaf beribu kali wahai temanku.



Wednesday, 12 December 2012

mutiara kata :D


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.